Enjin Carian :

Wednesday, March 03, 2010

CABARAN LELAKI

AGAK memeranjatkan apabila tiba-tiba isu penguasaan wanita dalam sektor awam didedahkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Ini kerana isu dominasi kaum wanita dalam sektor pekerjaan di negara kita bukan suatu fenomena baru. Ia berlaku dan berterusan sekian lama, malah saban tahun jumlah wanita yang memperoleh peluang pekerjaan boleh lebih tinggi daripada kaum lelaki baik di sektor awam mahupun dalam swasta.
Dalam sektor awam sendiri misalnya mengikut data Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sehingga 19 Februari 2010 menunjukkan kaum wanita menguasai 63% daripada jumlah penjawat awam yang meliputi pelbagai kumpulan perkhidmatan. Sebagai seorang lelaki dan juga penjawat awam, penulis tidak sedikitpun berasa tergugat atau bimbang dengan senario itu. Ini kerana selama ini pun kita sedia maklum kehebatan kaum wanita di negara kita dalam pelbagai bidang. Kejayaan demi kejayaan mereka raih dengan cemerlang dan gemilang.
Jika kita kaji secara mendalam, ternyata kaum wanita lebih cerdik daripada kaum lelaki. Buktinya boleh dilihat apabila setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan baik UPSR, PMR, SPM mahupun STPM semuanya dikuasai pelajar perempuan. Mereka sering muncul sebagai pelajar yang memperoleh paling banyak ‘A’ dalam mata pelajaran diambil berbanding pelajar lelaki.
Situasi ini berterusan pula di peringkat pengajian tinggi dan akibatnya hampir 70% hingga 80% jumlah pelajar di setiap kampus terdiri daripada pelajar perempuan dan sekali lagi mereka juga muncul pelajar terbaik di setiap konvokesyen IPT masing-masing.
Ini menunjukkan kaum wanita mudah mengatasi kaum lelaki dari segi pencapaian akademik maka tidak hairanlah apabila mereka juga terus mendominasi sektor pekerjaan kelak bila tamat pengajian. Seperti kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, pelantikan ke sektor awam berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan jantina maka sudah semestinya graduan wanita yang cemerlang akan mendapat peluang lebih baik terpilih ke sesuatu jenis pekerjaan.
Majikan swasta juga dewasa ini dilihat tidak mempunyai sebarang masalah memilih dan memberi kepercayaan kepada kaum wanita menyandang sesuatu jawatan dalam organisasi mereka.
Oleh demikian, walaupun kebimbangan Cuepacs tetap ada asasnya, namun baik pihak Cuepacs mahupun kaum lelaki itu sendiri sewajarnya melihat keadaan ini dari sudut dan perspektif yang lebih positif dan terbuka.
Anggaplah ia satu cabaran kepada kaum lelaki terutama remaja dan belia yang bakal memasuki alam pekerjaan. Mereka perlu cemerlang dalam akademik jika mahu bersaing dengan kaum wanita.
Namun, apa yang berlaku sekarang cukup menyedihkan kebanyakan lelaki muda terbabit dalam gejala kurang sihat seperti merempit dan dadah. Akibatnya jumlah kaum lelaki di penjara dan pusat serenti boleh dikatakan melebihi bilangan kaum lelaki yang ada di IPT di seluruh negara.
Jika keadaan ini berterusan maka agak mustahil untuk kaum lelaki bersaing dengan kaum wanita. Kaum lelaki perlu cepat sedar dan melakukan anjakan paradigma jika mahu terus kekal bersaing dengan kaum wanita. Persaingan ini pula perlulah dilihat sebagai suatu persaingan sihat demi masa depan negara yang gemilang.
Walau apapun kita wajar merakamkan ucapan terima kasih kepada Cuepacs kerana membangkitkan isu ini kerana sekurang-kurangnya pendedahan ini boleh menyedarkan kaum lelaki. Penulis mengharapkan kaum lelaki khususnya golongan muda akan sedar seterusnya berusaha keras untuk sama-sama berganding bahu dengan kaum wanita bagi memajukan negara.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor
.


Dipetik dari Harian Metro melalui laman blog CUEPACS.

6 comments:

Mat said...

Lelaki cerdik agaknya hampir pupus.. ramai yg berada di pusat serenti, ada pulak tu dah jadi lembut dan lebihnya tak berminat nak bersaing...

MOHD said...

Bukannya belia semakin sedar tapi nampak trend sekarang mereka cuma perlu tambah ilmu memikat...jawatan tak penting , yang penting isteri pegawai biar pun mereka cuma seoarang pemandu. sehinnga ada istilah pulak "R1 boleh naik N41'.Cuma yang jadi kebimbangan macamana wanita yang kurang pendidikan..siapa yang akan jadi suami mereka...mahu tak mahu terima siapa sahaja dan akibatnya kepincangan dalam keluarga makin berluasa.Satu lagi kita jangan lupa Allah telah meletakan sasilah kepimpinannya, kalau kita lupa tunggulah kesannya.

Anonymous said...

Secara sahsiah, perempuan matang lebih awal dari lelaki tetapi lelaki akan matang dan lebih rasional jika dewasa.Peribadi lelaki sangat berbeza dengan perempuan namun mereka kadang lebih jujur. Bukan semua perkara sesuai untuk perempuan.Perempuan boleh menjawat jawatan penting secara susah payahnya namun alangkah baiknya jika tanggungjawab itu dipegang oleh lelaki, persembahan sijil mereka mungkin kurang tapi kebolehan lelaki mengendali dan menangani masalah ditempat kerja adalah lebih rasional dan tidak mudah melatah. mereka juga jenis yang tahan cabaran dan tekanan. Sistem pendidikan juga perlu diteliti semula untuk membina generasi masa depan yang lebih cemerlang. Tidak perlulah wanita memaksa-maksa diri lagi untuk menanggungjawab yang terlalu berat buat mereka.

Zulkipli Nooh said...

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA TELEKOMUNIKASI SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE)

29hb. Mac 2010
NUTE 1406 (03)

Kepada:

PENGERUSI CAWANGAN NUTE
SETIAUSAHA CAWANGAN NUTE





Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan NUTE bersama Pihak Pengurusan TM telah membuat ketetapan dan persetujuan mengenai Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE seperti yang dicadangkan oleh Ahli-Ahli NUTE.

Semua cadangan dan syor syor yang telah dihantar ke Ibupejabat pada 27.07.2009 telah diteliti, namun Pegawai-Pegawai Kanan NUTE telah bersependapat dan bersetuju dengan ketetapan yang telah disyorkan oleh pihak Pengurusan TM, seperti berikut :

a) Kenaikan Gaji sebanyak 15%
b) Elaun COLA dinaikan kepada RM 250.00
c) Bantuan Perumahan dinaikan ke RM 300.00
d) Umur Persaraan ke 56 tahun (berkuatkuasa 1.1.2010)
e) Kenaikan Tahunan Gaji – mengikut Prestasi anggota.
f) Pembayaran Bonus mengikut Prestasi Anggota
g) Cuti Tahunan diselaraskan kepada 30 hari dalam setahun
h) Cuti Ehsan diseragamkan kepada 12 hari dalam setahun



Bagi pihak Pegawai-Pegawai Kanan NUTE, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan beberapa perkara penambahbaikan kepada Pengurusan dan Ahli Ahli NUTE, diantaranya adalah seperti berikut :

a) Faedah Persaraan dikurangkan dari RM 500 kepada RM 200
b) Biasiswa NUTE kepada anak-anak Ahli Dihapuskan
c) Faedah Kematian ditamatkan serta merta

Seterusnya Ibu Pejabat NUTE akan mengadakan program turun padang untuk menerangkan isu-isu semasa dan di harapkan semua warga kerja NUTE terutama ahli-ahli NUTE agar bersabar dan memberi kepercayaan kepada saf kepimpinan NUTE.

Sekiranya saudara/saudari mempunyai masalah/kemusykilan saudara/saudari juga boleh menghubungi Ibu Pejabat NUTE di no. tel: 03-2282 5350, 03-2282 1599 atau berbicara melalui email nute@streamyx.com

Kerjasama saudara/saudari dalam menangani perkara ini amatlah disanjungi dan di ucapkan jutaan terima kasih.


ZULKIPLI B NOOH
Setiausaha Agung NUTE

Mr. Z said...

Dasar pendidikan di Malaysia adalah berteraskan kepada buku dan peperiksaan.. Kalau boleh hafal buku maka boleh jawab soalan peperiksaan.. Lelaki kurang yang berminat untuk menghafal jika dibandingkan dengan wanita.. Tetapi dari segi praktikal terbukti lelaki lebih hebat daripada wanita.. Kalau nak bandingkan keputusan peperiksaan memang lelaki akan ketinggalan.. Akibatnya kurang lelaki yang diterima masuk ke IPT dan mandapat peluang pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta..

Dasar pendidikan negara haruslah diubah supaya lebih menumpukan kepada menyediakan pelajar yang berkebolehan untuk bekerja berbanding menumpukan kepada peperiksaan seperti yang ada sekarang ini..

Wan said...

bila org bercerita mahu memohaon menjadi staff awam hanyalah kerana mahu mendapat KERJA SENANG...ramai para suami yg mahu isterinya bekerja kerajaan yg hanya berkerja office hour selain cuti yg banyak dan tak perlu takut akan dibuang kerja kerana sebab2 kecil...
sebenarnya ramai hanya membuat andaian yg wanita lebih pandai di universiti tetapi adakah mereka ni betul2 berkualiti bila diberi sesuatu tugas yg berat...ape yg berlaku kini wanita mempunyai kebolehan didalam pengurusan dan pentadbiran yg sememangnya sinonim di pentadbiran kerajaan...tetapi pernahkah kita terfikir siapa yg mendominasi kerja mencabar dan melibatkan keberanian dan kemahiran yg tinggi...cuba lihat di sektor swasta umpamanya chargeman dan welderman berapa ramai wanita yg menceburi kemahiran tersebut??? dalam kerja melibatkan kemahiran tidak perlu bersusah payah ke universiti belajar memerah otak sehinga 4-7 thn cukup sekadar sijil dan kursus jangka pendek seseorang itu mampu meraih pendapatan sehingga RM3k...tetapi kita perlu melakukan sesuatu bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan lelaki malaysia bagi mengelakan masalah sosial akan melanda di negara kita...cuba kita fikir lelaki sebagai pelindung kepada wanita. apa akan jadi sekiranya lelaki pula yg bersaing dengan wanita..sudah pasti ini akan menimbulkan masalah sosial yg hanya merugikan negara.