Enjin Carian :

Thursday, February 11, 2010

CUEPACS TUNTUT OVERTIME DIBAYAR DENGAN BAYARAN TUNAI

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu. Katanya, untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti."Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya kepada Bernama. Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, untuk menyelesaikan isu itu. Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk "mengurangkan kos" dan juga untuk "meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan" jabatan berkenaan.Seorang ketua jabatan berkata, sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan memerlukan kerjasama kakitangan untuk bekerja lebih masa. Katanya, disebabkan peruntukan untuk kerja lebih masa tidak mencukupi, jabatan memperkenalkan sistem menawarkan cuti. "Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," katanya. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Cash = Tax ???
Cuti = Peace ??

Anonymous said...

Tax.??

OT kena tax gak ker.. Rasanya tak kena..

Anonymous said...

dalam risda ni banyak overtime.. jadi kita guna lah arahan dari kementerian... bagi claim.. tapi kita kat risda ni bagi cuti... masalahnye bila nak cuti mesti ada arahan bersurat daripada bos...

"macam mana pulak kalau bos bagi arahan ikut mulut je?? guna mulut je?? bila suruh keluar surat cakap berkira... sampai hari minggu pun gangu,cuti pun gangu... jangan lah ambik kesempatan mcm ni bos... sama2 lah kita fikir untuk kebaikan pt dan risda... kalau berterusan macm ni, produktiviti kerja akan merosot.. percayalah, kita manusia biasa.. ada hati dan perasaan gak..."


sekadar untuk renungan.. sama-samalah kita fikirkan k.....

Sia HS said...

Ada sesiapa yang bersara pilihan sendiri tetapi tidak menerima pencen pada tarikh persaraan walau pun umur sudah 50 tahun (lelaki) atau 45 tahun (perempuan), pencen hanya akan dibayar apabila mencapai umur persaraan wajib (56/58)?

Kes serupa ini berlaku pada pegawai yang telah diberikan 'lepasan dengan izin' untuk memindah dari sesuatu agensi kerajaan ke sesuatu agensi yang lain selepas 12 April 1991.

Sila hubungi saya jika menghadapi masalah ini: siahs@yahoo.com