Enjin Carian :

Wednesday, January 13, 2010

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 4 TAHUN 2009

Bersama-sama ini disertakan Teks Ucapan yang dibacakan oleh NYDP KPKR dalam Mesyuarat MBJ Bil. 4 Tahun 2009 :


Tarikh : 24 Disember 2009 (Khamis )
Masa : 8.00 malam
Tempat : Executive Meting Room 1, Tingkat 2, De Palma Hotel, Ampang Selangor.

1.0 Ucapan YDP

1.1 Pertamanya, pihak KPKR ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak BPSM yang sudi mengadakan Majlis Mesyuarat Bersama Jabatan Kali ke-4 bagi tahun 2009.

1.2 Mesyuarat seperti ini dilihat masih lagi relevan sebagai wadah bagi menyampaikan hasrat semua kakitangan RISDA kepada pihak pengurusan. Jelas pihak pengurusan RISDA amat menitik beratkan kebajikan pegawai dan kakitangan mereka.

1.4 Pihak KPKR juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Selamat Bercuti.

2.0 Isu MBJ

2.1 PELANTIKAN PEGAWAI BARU

2.1.1 Tahniah kepada BPSM yang telah selesai membuat pelantikan pegawai-pegawai baru.
2.1.2 Diharapkan Pegawai-pegawai yang dilantik ini akan dapat mengurangkan bebanan tugas pegawai-pegawai kita yang sedia ada.
2.1.3 Walaubagaimanapun, pihak KPKR berharap agar pihak BPSM dapat menyenaraikan keputusan pelantikan kepada ahli mesyuarat untuk melihat kategori lantikan pegawai ini samaada dari kalangan kakitangan, anak kakitangan dan lain-lain.
2.1.4 Pihak BPSM dilihat dapat melihat dasar kouta untuk anak kakitangan dibuat dalam lantikan pegawai RISDA.

2.2 PENEMPATAN TEMPAT BERTUGAS KAKITANGAN

2.2.1 Penempatan kaikitangan secara besar-besaran juga dilihat berlaku sekitar pertengahan Disember dan Awal Januari akan datang.
2.2.2 Dalam pemilihan pemindahan kakitangan diharap pihak BPSM dapat menimbangkan semula penempatan pegawai-pegawai ini supaya yang telah berkeluarga diberi keutamaan untuk dekat dengan keluarga mereka.
2.2.3 Manakala pegawai yang baru dilantik akan dihantar ke Pusat Tanggungjawab di Daerah mengikut jawatan mana-mana yang sesuai.
2.2.4 Ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan motivasi pekerja.

3.0 PENUTUP


Terima kasih sekali kepada pihak pengurusan dan diharapkan isu dan cadangan yang dibentangkan ini dapat membantu dalam meningkatkan efisiensi operasi RISDA secara keseluruhannya.

1 comment:

Anonymous said...

Adakah RISDA akan mendapat kakitangan yang berkualiti? Memang telah dibuat macam-macam saringan, RAC dan temuduga sebelum pemilihan tetapi apa makna buat semua ini jika mereka yang terpilih itu bukanlah yang terbaik. Kakitangan RISDA sendiri yang turut mohon tetapi tidak terpilih pula macam mana? Adakah mereka ini tidak cukup layak untuk diberikan jawatan yang lebih tinggi? Kenapa tidak buat sesuatu untuk memaklumkan kepada mereka tentang di mana kelemahan atau kekurangan yang ada pada mereka sehingga mereka tidak berjaya ditawarkan jawatan tersebut. Bukankah cara ini akan memberi manfaat kepada RISDA dan juga kakitangan tersebut. Semua urusan perlantikan baru dan naik pangkat dibuat secara terselindung dan tidak terbuka dan telus. Adakah memang itu caranya yang betul? Bila tiba masa untuk buat kerja, orang-orang lama juga yang diharapkan. Ke mana pergi mereka-mereka yang baru dilantik ini? Bukankah mereka lebih bagus. Sepatutnya beban tugas makin berkurang dengan adanya penambahan kakitangan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bukankah itu membuktikan bahawa RISDA tidak mendapat kakitangan baru yang berkualiti. Saya harap Ketua Pengarah RISDA sendiri dapat jawab perkara ini dalam perhimpunan bulanan akan datang.