Enjin Carian :

Wednesday, January 13, 2010

KEPUTUSAN PMR 2009

Sebagaimana yang semua ahli KPKR telah sedia maklum, keputusan PMR 2009 telah dikeluarkan pada Disember 2009 yang lalu. Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Tabung Kebajikan Kesatuan Pegawai Kanan RISDA (TKKPKR) semua ahli adalah layak untuk memohon Hadiah Pelajar Cemerlang di atas kejayaan anak-anak anggota KPKR yang telah memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam PMR yang lalu.

Sedemikian, di pohon kerjasama semua ahli yang layak ( menjadi anggota selama 6 bulan) untuk membuat permohonan Hadiah Pelajar Cemerlang ini sebelum 30 Januari 2010 untuk serahan secara pukal.

Berikut adalah saguhati yang disediakan oleh pihak KPKR :

UPSR : 5 A (RM 30.00)

PMR : > 7 A ( RM 50.00)

SPM : > 6A (RM 100.00)

STPM : > 3A (RM 150.00)

Diploma : CGPA > 3.5 ( RM 150.00)

Ijazah : Kelas Kedua Ke Atas ( RM 200.00)

Permohonan bagi lain-lain keputusan yang belum pernah dituntut juga boleh dibuat. Permohonan boleh dibuat dengan disertakan keputusan peperiksaan yang telah disahkan dan dihantar kepada Setiausaha KPKR di alamat Bahagian Produktiviti dan Pemasaran, Tingkat 6, Bangunan RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

Sekian, Terima kasih.

2 comments:

MdYazid said...

salam sejahtera..
harap berita kesatuan dapat di update kan dari masa ke samasa..
Pertukaran pegawai juga elok di msukkan sekalai walaupon telah ada dalam laman web

Kesatuan Pegawai Kanan RISDA (KPKR) said...

terima kasih atas cadangan...SU akan mengambil maklum berkaitan perkara ini.