Enjin Carian :

Saturday, July 10, 2010

MAKLUMAN BARU MENGENAI MESYUARAT AGONG LUAR BIASA KPKR

Sehelai surat kuning telah dihantar kepada semua ahli KPKR pada 20 Jun 2010 bagi memaklumkan perjalanan Mesyuarat Agong Luar Biasa ( EGM) KPKR. Sebagaimana yang tuan-puan sedia maklum keperluan untuk kita mengadakan EGM ini adalah untuk menyerahkan tampuk kepimpinan KPKR daripada ahli Kumpulan A kepada Ahli Kumpulan B.

Seperti yang dicatatkan dalam surat tersebut, pihak pengurusan RISDA telah memutuskan bahawa KPKR ini hanya boleh disertai oleh Pegawai Gred 40 dan ke bawah sahaja. Secara tidak langsung, hanya pegawai gred 27 hingga 38 sahaja akan kekal dalam KPKR untuk terus menerajui dan menjalankan agenda membela kebajikan ahli.

Untuk makluman kepada semua ahli tarikh baru bagi EGM ini telah berubah ini adalah kerana keperluan ruang yang telah digunakan pada 22 Julai 2010 tersebut. Sedemikian ketetapan baru EGM KPKR adalah seperti berikut :

Masa : 2.30 petang
Tarikh : 26 Julai 2010 ( Isnin )
Tempat : Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA.

Majlis Jawatankuasa Kerja KPKR kini sedang dalam usaha berbincang dengan Bahagian Latihan untuk mengadakan majlis rasmi pada hari tersebut supaya ahli-ahli yang jauh bertugas dapat hadir sama dalam EGM ini. Pihak kami akan memastikan kourum mesyuarat akan diberikan lebih banyak kepada Kumpulan B. Ini membolehkan pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja yang baru ditentukan oleh ahli KPKR yang akan terus kekal.

Manakala, bagi ahli yang bertugas di ibu pejabat diharap akan dapat turut bersama dalam mesyuarat EGM tersebut walaupun tidak dapat bersama-sama dalam majlis rasmi pada sebelah paginya.

Perjalanan mesyuarat ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman blog ini.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha KPKR 2009/2011

1 comment:

leslieroycarter said...

Setelah seseorang ahli bersara , mereka dipaksa keluar dari Kesatuan kerana penamatan perkhidmatan dengan majikan. Samada Kesatuan mempunyai hasrat membawa mereka yang bersara menjadi sebagai ahli bersekutu demi kekuatan dan kesinambungan semangat ahli dalam kesatuan yang mereka cintai. Ini cuma pandangan sahaja dan secara logik ia tidak praktikal dalam ordinan kesatuan semasa.